Tuesday, January 25, 2011

_|.<(+_+)>.|_.( Bila Dugaan Menimpa )._|.<(+_+)>.|_.

salam...

Apakah tindakan anda jika anda ditimpa dugaan atau musibah? Bolehkah anda menghadapinya? Tabahkan anda?

Saya rasa saya tidak kuat untuk menghadapi dugaan.. Saya sering menangis jika ditimpa musibah. Saya juga akan menelefon ibu sambil menangis tidak henti-henti. Sesungguhnya saya tidak kuat.

Baru sekejap tadi rakan saya menelefon dan memberitahu rumahnya terbakar. Innalillah. (ucapan yang harus diucapkan jika kita ditimpa musibah) Dugaan tidak berhenti menimpanya. Minggu lepas keretanya dilanggar motosikal. Hari ini pula... rumahnya terbakar.

Bagaimana boleh terbakar?
Api dapur ditiup angin dan mengenai paip tong gas. Api menyambar hingga ke syiling..tandas dan dapur habis terbakar. Alhamdulillah, tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Elektrik di bahagian dapur, ruang tamu dan bilik rosak. Tuan rumah pula tidak ambil peduli. teruk betul

Harapan saya agar rakan saya dan rakan serumahnya tabah menghadapi segala dugaan yang melanda.


jom layan lagu ost sixth sense "cinta matiku" ~ ost hani lestary tv3

0 komen:

Post a Comment

kLIK untuk ComeL

Powered by Blogger.