Saturday, February 19, 2011

Promosi Ford Fiesta

Hye..
Berminat nak beli Ford Fiesta?

Nak beli?
Nak?


Jom tengok promosi Ford fiesta..
p/s : oren mengancam!

❀VideO menarik Dari Youtube!❀

Saya dapat tau pasal vido ni bila jalan-jalan dekat blog CikEpal dan BeautifulNara.
Tak sangka video ni sangat menarik!
menarik, Tertarik Kau memang De BOMM

 

1-Video ni tunjukkan babak-babak yang popular dalam drama Melayu zaman sekarang. Memang lawak sangat. Pandai sungguh jejaka ni berlakon..Memang menjadi sungguh..
Tengok kat youtube rupanya dia banyak post video kat youtube..
hehe..
apalagi!!
layan jangan tak layan..:)


2-Ni plak lebih kurang macam kempen jangan buang sampah merata-rata..
Jom Kitar semULa
TagLine : jangan jadi macam ketam ajaq anak berjalan lurus:)


3- Ni paling lawak! Mercun Bola, Tendang Bola, Bola-bola Api:)

Optical Illusions ◕‿◕ Ilusi Optik


1.
Cuba perhatikan betul-betul gambar di atas.
Apa yang anda boleh lihat?
Tengok sampai anda nampak
  • Pasu besar
  • langsir
  • lelaki pegang gitar
  • wanita ada pasu atas kepala


2.
Berapa banyak tangan yang ada dalam gambar ni?

3.
Kira berapa banyak panda yang ada!

4.
Gajah ni ada berapa kaki?

5.
Perhatikan betul-betul..
Berapa banyak muka yang ada dalam gambar di atas?

6.
Nampak apa?

7.
buah dadu..

8.

Perhatikan bulatan di tengah.
Bulatan yang mana lebih kecil?


Sumber

Monday, February 14, 2011

nak berubah!

salam..
aku berazam mulai hari ni aku nak berubah..
berubah ke arah kebaikan..
nak jadi anak yang solehah,
cikgu yang bertanggungjawab..
kakak yang penyayang 
dan yang paling penting..
hamba Allah yang taat kepadaNya..

Aminn...

Friday, February 11, 2011

MY LUv


MAK

ANGAH SAYANG MAK

WALAUPUN ANGAH KEJA DAN TAK DUDUK SEKALI DENGAN MAK

MAKTETAP INGAT KAT ANGAH

WALAUPUN ANGAH NI DEGIL

TAPI MAKTETAP TAK JEMU NASIHATKAN ANGAH

MAK

I LoVE U

Thursday, February 10, 2011

Handbag Pelik dan Unik

Salam.

ChOppp..

Gadis-gadis di luar sana..

Korang mesti minat handbag kan?
Apa kriteria korang sebelum beli handbag?
JENAMA?
HARGA?
SAIZ?
WARNA?
BILANGAN COMPARTMENT?
DESIGN?
mana 1 yang korang tekankan?

Kalau saya, no 1 saya akan tengok harga dulu! Harga tu penting. maklumla, nak jimat dan tak cukup bugdet..

KAt sini saya bukannya nak jual handbag ye kawan-kawan..
saya nak tunjuk kat korang semua handbag yang saya Google..
Handbag yang pelik dan luar biasa peliknya..

Jom LayaNNNN....


♔Kereta mini
boleh bawa handbag ni sambil nyanyi lagu
bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
boleh ke bawa ke sekolah:)


♔Cheese
Handbag cheese! Unik kan? Tengok handbag ni, teringat kat blueberry cheese cake..
terliur... Tengok handbag pon boleh terliur.. Dasyat btol!
hmm..Terfikir macam mana nak letak barang dalam ni. Tak nampak zip pun.




♔Ice cream
macam bentuk aiskrim yang disalut cokelat..
Sedapnya kalau dapat makan aiskrim sebesar ni..
Alamatnya nyilula lagi..<takpe, sensodyne kan ada..;p>



........
♔Cube
bentuk cubus.. macam angkat kotak plak kan?


♔Anjing panggang
Erk.. Tak sanggup nak pakaila..nanti kena samak plak setiap hari.



♔Telefon antik
2 in 1
boleh letak barang dalam handbag dan boleh calling2..
tekan je no kat tengah handbag tu..hehe



♔Buah-buahan
tringin nak tengok handbag bentuk durian!
boleh jadi protection kalau kena serang dengan peragut..


So, mana satu pilihan kalbu?
Tepuk dada, tanya sama hati..

Friday, February 4, 2011

Makanan Hati

Salam semua,
Sudah makan ka? Bila makan rasa apa? Mestila rasa kenyang kan? Bila kita makan, makanan tu akan masuk dalam perut. Organ dalam badan kita bukan perut je dapat makan, dan bukan perut je nak makan, Hati kita pun nak makan juga. So, makanan apa yang sesuai ye? Hmm,,jawapannya makanan rohanila.. Eh eh, bukan Makcik Rohani ataupun kak Ani. Tetapi ROHANI atau BATIN.
Hati makan apa? MAKAN HATI. No no No..!!!

Setiap hari setiap orang Islam haruslah membaca Al-Quran. Bila kita baca Al-Quran, hati kita akan tenang.
Selain tu, kita kenalah baca artikel-artikel motivasi supaya hati kita dapat makanan la.
Kat mana nak cari artikel-artikel atau buku-buku motivasi?
Kalau nak cari kat kedai, kena keluarkan duit. Apa kata kita baca artikel motivasi DI SINI.
bila kita stress, bolehlah kita jadi tenang sikit. Bila kita sedih, dapatlah kita gembira sikit.. Betul tak. So, sama-samalah kita rajin membaca artikel motivasi setiap hari.

Jangan malas-malas ye..

Thursday, February 3, 2011

kucar - kacir di Mesir

Salam.
Baru tadi saya baru tengok di tv3 wartawan tv3, Razali Awang dan berita harian telah ditahan selama 2 jam oleh perusuh bersenjata. Mereka ditahan selepas selesai mewawancara penuntut Malaysia di sana yang sedang menunggu penerbangan balik ke tanah air.
Mujurlah, mereka berdua pandai berbahasa Arab. Justeru, mereka dibebaskan setelah ditahan 2 jam. Wartawan tersebut menghantar berita ke pihak TV3 dengan nada suara yan gementar. Diharap agar semua rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat. AMINN..

Video rusuhan di Mesir 29 Januari 2011 _Youtube

Nak tau lebih lanjut tentang HOSNI MUBARAK?
Klik SINI

Tuesday, February 1, 2011

tahi hidung pun boleh makan ???

salam..

tahi hidung boleh makan ke?? 
hmm..semalam saya terbaca dalam majalah INFINITI keluaran januari mengatakan bahawa tahi hidung baik untuk dimakan. Pendek kata, tahi hidung berkhasiat untuk tubuh badan kita. Betul ke? 
Tergamak ke kita nak makan?? Erkk..SAYA TIDAK SANGGUP..

Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di bawah ni. Saya ambil dari laman web FORUM PARAMEDIK

KHASIAT TAHI HIDUNG

Post
DOKTOR SARAN MAKAN TAHI HIDUNG. (petikan keratan akhbar 25.8.2004)

VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.“Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

“Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan,” katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma,” katanya.Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

“Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik,” katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.

So, lepas baca artikel di atas ni rasa nak aplikasikan ke? Kalau dalam sains, tahi hidung terhasil daripada mucus. Mucus sangat penting dalam kehiduan seharian kita. Mucus membantu kita menghidu dengan baik kerana mucus merangsang sel deria kita. Selain itu, jika kita menghidap selsema, mucus dalam hidung akan bertambah sehingga menyukarkan kita untuk menghidu serta merasa makanan menggunakan lidah. Hal ini kerana hidung dan mulut kita berada dalam rongga yang sama.


teima kasih kerana sudi membaca.;)

kLIK untuk ComeL

Powered by Blogger.