Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Monday, March 21, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

SALAM
keputusan SPM akan keluar 23 Mac 2011 kan?
Tak lama ja lagi..
lagi 2 hari ja..
tahniah!!!

dah bersediakah mental dan fizikal untuk terima keputusan seadanya?
mesti tiap-tiap malam susah nak tido kan?
kadang-kadang ada yang lagi dasyat sampai termimpi-mimpi dapat result ..
dalam mimpi tu, ada yang dapat result teruk, ada jugak orang mimpi dapat result elok..
yang mimpi dapat teruk, mesti susah hati, makan tak lalu sebab dok terfikir yang mimpi tu betul..
yang mimpi dapat result elok pulak ada yang asyik tersengih makan kerang busuk, tak kurang jugak yang susah hati sebab ada orang kata mimpi tu selalu terbalik dari yang asal..
contohnya, kalau mimpi dapat result elok, oang kata mungkin nak dapat result yang hampeh..
tu orang kata la kan,...
tak boleh percaya pon..

dah fikir ke nak pakai baju apa untuk ambil result?
jangan pakai sexy2 sudahla sebab nanti cikgu takmau bagi result tu..
yang ada berhutang dengan sekolah, 
contohnya hutang yuran sekolah, duit pibg, buku library, buku teks atau apa-apa sajalah jangan lupa langsaikan waktu nk ambil result ye..
KALAU TIDAK!!!
KEPUTUSAN ANDA AKAN DITAHAN
tak pasal-pasal tak tau dapat result apa..
haha..
jadi surpriseee plak..
kawan laen dah dapat result, nanti kita sorang ja terkontang kanting tak tau arah tuju..

LAGI SATU,
bila dah ambil result tu, bersyukurlah kepada Allah..
Tanpa pertolongan NYA boleh kah kita dapat result macam tu????
tidak kira kita dapat bagus atau tak bagus, semuanya KETENTUAN ILAHI
Kalau dapat teruk tu, mungkin usaha kita tak cukup lagi..
Mungkin kita hidup ni kita pernah buat salah dengan mak ayah kita, cikgu-cikgu kita, kawan-kawan kita,,
ataupun yang lebih penting kita dah abaikan ibadat kita..
semua tu boleh jadi kebarangkalian..

Kalau dapat result yang baik,
JANGANLAH MENDABIK DADA
sedarlah, pejalanan kita masih panjang,,
dengan result SPM tu tak bawa ke mana pun..
kena usaha lagi, 
masuk POLITEKNIK
,masuk U,
 masuk FORM 6,
 masuk Matrik,
kalau masih tak tahu halatuju, jumpala kaunselor kat sekolah..
insyaAllah kaunselor anda akan membantu anda..
takkan dia takau tengok anak murid dia berjaya kan?
LAST>>>
bila dah ambil result, kalau tak puas hati, jangan pula terjun laut ke, terjun bangunan ke, atau yang seangkatan dengannya..
ingatlah orang yang tersayang..
bila dah tau result cepat-cepat call or msg ibubapa anda..
jangan biarkan mereka susah hati dan ternanti-nanti..
dan...
jangan palsukan keputusan peperiksaan anda ok?

sekian saja untuk hari ini..


All the best

Saturday, January 22, 2011

Oppsss lupa..

Salam..
Selamat hari Sabtu..
tengah buat apa tu?
melepak-lepak sambil guling-guling atas katil ke? 
Hari ini hari Sabtu tapi cikgu pun kena pegi sekolah gak..sebabnya hari ni ada SEKOLAH GANTI..
<my BiG spectacles>
huhu... kehadiran students 60% je kot.. yelah kan nama pun hari SABTU...
sABTU ? HARI UNTUK BERSUKA RIA..
tapi disebabkan nak cuti panjang time raya cina, raya deepavali, so, what to do? kenala ganti sekolah..


hmm,,
berbalik kepada tajuk entri di atas ni.. OPSSS LUPA..


NAK TAU TAK APA YANG CIKSOBA LUPA?


alkisahnya begini..
ciksoba lupa masuk kelas!!!!
bukan lupa..tersilap set minda..huhu..dari malam tadi set dalam otak kelas math pukul 12.00tengahhari..so, lepas rehat pukul 10.40 sepatutnya kelas math..tapi disebabkan dah set dlm otak,,selamba je ciksoba duduk dalam bilik guru buat keja..sampaila pukul 11.15 datangla dua orang students yang bertanggungjawab sikit..datang2 terus jerit "CIKGU, KENAPA CIKGU ADA KAT SINI?"..terpinga2la ciksoba tengok diorg tu..
"CIKGU, SEKARANG MASA CIKGU..KENAPA TAK MASUK?"
dengan muka selamba ciksoba berkata "eh, masa saya ke?"sambil check timetable atas meja..huhu..
"opss..lupala..sorry...."sambil renyih..
nasibla anak murid baik hati..boleh siap offer lagi nak tolong angkat barang walaupun ciksoba sebenarnya masih dalam keadaan tekejut sebab lupa masuk kelas..haha..


bila sampai je kat kelas, suma students buat muka takpuas hati..pakat-pakat tanya kenapa cikgu tak masuk..hekeleh..macamla cikgu tak tau perangai ampa..cikgu tak masuk lagi seronok..kan..kan kan??betul tak..betul la kan?


lepas tu, apalagi ciksoba pon pulunla mengajaq dengan penuh bersemangat..mengajaq tajuk apa??


tajuk circle II form 3..
Learning outcomes....

iv. Determine the relationship between angle at the centre
and angle at the circumference subtended by an arc.




do you still remember this topic or not???

b = 2a
dengan erti kata lain, angle at the centre 2 kali ganda lagi gemokk dari angle at the circumference..
opps..
students I tak bagi sebut gemuk..sensitip..
so tukar dengan yang lebih sopan..
angle at the centre 2 kali ganda lagi besar dari angle at the circumference.
ADA FAHAMM???


hehe..
tak paham tanyala kat cikgu ye..
tata titi tutu..

Tuesday, January 4, 2011

04012011

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dah 4 hari kita berada dalam tahun 2011..

Bermakna kita dah pun menginjak hri kedua persekolahan..

Sebagai cikgu, dua hari nilah hari yang SGT BZ.

Nak tau cikgu kena buat apa???

kalau jadi cikgu kelas, Ni la keja2 yang perlu dibuat waktu hari pertama...

~Ambil KEDATANGAN setiap pagi.
~Pastikan kelas BERSIH.
~Maklumkan maklumat penting kepada pelajar. Contohnya:-
  • Jadual waktu kelas
  • Waktu persekolahan
  • Peraturan kelas
  • Yuran Tambahan sekolah
  • Yuran Kelas
  • macam2 lagi tapi dah lupa 
~Lantik AJK kelas - kena undi
~Edar segala kertas makluman yang diberikan dari pihak pentadbir
~Susun kedudukan pelajar - nampak macam senang tapi pening kepala sebenaqnya..
~Berkenalan dengan pelajar
~Edarkan buKu teks

hehe..nampak macam sikit ja ka? BANYAK TAU..Kalau 1st time jadik guru kelas memang kelam kabut sikitla sebab tak biasa lagi kan..

takpalah, alah bisa tegal biasa..btol tak?

setakat tu saja untuk entry kali ni..
tata titi tutu..

Monday, December 27, 2010

oh 2011:)



sekolah nak bermula dah!

esok start meeting



mesti banyak perkara brbangkit n peringatan dalam meeting nanti:(

tahun depan mesti banyak tugas menanti....


  • 1- Guru penasihat kelab keselamatan jalan raya
  • 2- Guru penasihat rumah sukan biru
  • 3- Guru penasihat PBSM grup B (ketua)
  • 4-Guru kelas 3 Arif
  • baru 4 tugas...ada banyakkkkkkkk lagi..esok baru tau


kLIK untuk ComeL


Powered By Blogger
Powered by Blogger.