Sunday, March 6, 2011

Tips elak kebakaran

Di sini saya nak senaraikan TIPS untuk mengelakkan terjadinya kebakaran.
Orang kata Malang tak berbau kan?
Tapi, adakah kita tak mampu mengelaknya?
Kita mampu. Anda mampu. PERCAYALAH. 
kereta terbakar
<klik gambar untuk ke link>



1-Dua bulan sekali tutup suis peti sejuk
~Kenapa? Sebab peti sejuk kita juga perlukan masa untuk bercuti. Bayangkan kalau kita buat kerja 24 jam dalam masa setahun. Apa akan jadi? Bolehkah kita bertahan tanpa bekerja tanpa rehat?
Jadi, berilah masa kepada peti sejuk anda untuk bercuti-cuti Malaysia:)




2-Jangan meninggalkan dapur ketika anda sedang memasak.
~Kalau tengah masak, janganlah pergi membuat kerja rumah yang lain seperti membasuh pakaian atau menyidai pakaian. Anda perlu memantau makanan yang anda masak agar tidak hangit dan juga memastikan api tidak menyambar peralatan lain. Ada kes di mana seorang wanita yang membiarkan api dapur terpasang lalu pergi membasuh pakaian telah menyebabkan rumahnya terbakar. Hal ini kerana apabila angin yang kuat telah menyebabkan api terkena paip tong gas menyebabkan berlakunya letupan dan kebakaran.

3-Pasang alat penggera kecemasan.
~Kalau rumah dua tingkat, silalah pasang dekat tangga ye. Alat n akan berbunyi bila asap muncul.
Penggera kecemasan
<klik gambar untuk link>




Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran? Next entry

Api apabila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.


0 komen:

Post a Comment

kLIK untuk ComeL

Powered by Blogger.