Tuesday, April 3, 2012

Takut nak drive?

Salam. Belek-belek message dalam phone, terjumpa message lama daripada mak.

"angah kena kuat. Jangan patah semangat. Anggap teguran sebagai cabaran. Jangan mudah menyerah kalah mesti berani. Insyaallah segalanya akan lancar. "<<29 September 2012>>

Mak message lepas saya nangis teruk sebab tak pandai nak drive dan takut nak drive di Penang ni.. Tapi terpaksa juga drive sebab kena jaga PMR. Nak naik bas, bas tak lalu sampai situ. Naik teksi mahal pulak.. Sangat serabut time tu.. Terpaksa juga bawa kereta untuk jaga exam.

First time bawa kereta di Penang, minta tolong housemate teman pergi dan balik sekolah. Seminggu lepas tu, mintak tolong kawan senegeri teman balik kampung. Time nak pergi sekolah, memang keluar awal. Sebelum pukul 7 dah sampai sekolah. Lepas tu, time jaga exam pun pergi awal juga. Cari jalan yang paling senang nak ke sekolah tu. Jalan yang tak payah nak cross tanpa traffic light. Pergi jalan lain, balik guna jalan lain.

Saya kalau bab-bab bawa kereta moto ni, memang kalau bukan terpaksa sangat5555 memang tak bawa la.. Mungkin sebab takut tu sangat menghantui diri..

Time praktikal pun sama. Tahun 2009. Arwah abah sakit jantung. Kena tahan di wad. Mak hantar abah ke wad selepas Subuh. Saya dah gelabah. Siapa nak hantar saya ke sekolah, saya tak reti memandu dan sangat tak cekap. time tu kan praktikal, mana ada cuti2 ni.. tak boleh cuti. Call PK 1 sambil nangis, dia cakap kena ambil MC. Nak ambil MC macam mana. Saya bukan sakit pun..Serabut sangat2. Mata bengkak jangan cerita la..

Kawan -kawan praktikal bagi semangat untuk bawa moto. Saya pun bawa la moto tu, pergi sekolah lambat. dah pukul 10 pagi dah masa tu. Sampai sekolah, kena masuk releif. Mata tengah bengkak.. Hmm, buat tak tau jela.. Masuk je releif tu..huhu:(

ALHAMDULILLAH sekarang dah boleh drive walaupun tak cekap, janji boleh pergi balik sekolah dan balik kampung setiap minggu..

Setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak apa hikmahnya pada waktu sesuatu itu berlaku. Tapi kita akan nampak apa hikmahnya pada masa akan datang. Sama ada kita sedar atau tidak.

Allah itu adalah sebaik-baik perancang..

Cikgu Soba
3/4/2012
Penang

0 komen:

Post a Comment

kLIK untuk ComeL


Powered By Blogger
Powered by Blogger.