Sunday, December 19, 2010

Tips nak ambil slip peperiksaan..

Selamat Sejahtera Semua,
Diam tak diam dah hampir habis cuti sekolah kan? Keputusan peperiksaan PMR tak lama lagi akan diumunkan..Apa perasaan anda?
Gementar?Tak tidur malam?Seronok?

Teringat zaman remaja dulu tahun 2001..
ketika tu saya sekolah di sebuah sekolah yang agak terkenal di Kepala Batas, Sbrg Perai Utara..
Masa nak ambil result tu, jantung dup dap dup dap..Bila turun dari kereta kaki rasa macam tak jejak tanah..
Kaki ni pon melangkahlah ke kelas 3 Ar-Razi..kelas saya time form 3..lutut punyala getaq time tu..
Bila masuk kelas, Cikgu Rosini dah tunggu dekat meja guru..Cikgu tu pon carila nama saya..huhu
Jeng..Jeng..Jeng...
Mata cam juling sekejap..Syukur Alhamdulillah.,..dapat jugak straight A..
Kuar dari kelas tengok kawan2 ramai berkumpul atas pentas dekat tapak perhimpunan..Rupanya ada reporter datang amik gambar..Apa lagi..kami semua pon posingla sambil angkat slip result exam tinggi2...
hihi..esoknya..beli paper..tengok2 gambar yang tangkap ramai2 takdak pon..kuciwa bangat time tu..tapi takpalah,,yang penting dah dapat result ok,,hihi..

oklah..di sini beberapa tips untuk mengambil slip keputusan peperiksaan ye..(sebagai pedoman je)
1-Pakailah pakaian yang sopan sebab kalau pakai tak senonoh takut cikgu tahan slip n kamu tak kan tau result kamu apa.

2-Jangan lupa bawa MyKad. Mana tau cikgu mintak nak tengok MyKad baru cikgu nak bagi result..So, just preparela..

3-Dah siap semua yang di atas, berjalanlah dengan penuh yakin..Dan jumpakla guru kelas untuk ambil Slip keputusan peperiksaan PMR. pastikan juga kamu dah ambil semua dokumen dari cikgu kamu (kalau adala..cthnya Sijil PEka)

4- Ucapkan terima kasih kepada guru kamu. Tak kesahla kamu dapat semua E atau Semua A..Jasa guru tetap perlu kamu hargai..

5-Terimalah seadanya apa yang kamu dapat. Jika kamu dapat result yang cemerlang, kamu perlu bersyukur dan ingat perjuangan kamu belum selesai..
Jika kamu tidak berpuas hati dan kuciwa dengan result tersebut, kamu perlu juga ingat gagal sekali tak bererti gagal selamanya..Kamu perlu berusaha lebih keras selepas ini.

6-Ucapkan tahniah pada kawan2 yang berjaya dan tanyalah apa rahsia mereka untuk berjaya..

Harap tips ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengambil result Khamis ni..

All the best!



0 komen:

Post a Comment

kLIK untuk ComeL


Powered By Blogger
Powered by Blogger.