Monday, May 30, 2011
LAGU TEMA: Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah (Dipawagam: 19 May...
Thursday, May 26, 2011
Cerita Ini Tentang Jodoh | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Ada satu perkara yang suka aku kongsikan bersama rakan-rakan. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang perlu ada pada perkiraanku selepas aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Kasih yang aku kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diriku sendiri...
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau aku katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Titik.
Berbicara tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali aku melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang aku ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam filem Hindustan yang kutonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Aku menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang padaku tidak wajar dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aku pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraanku dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diriku. Tentu sahaja aku mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan bisa membuatku gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup padaku itu dan aku telah bertemu dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan sebelum ini, cerita ini tentang jodoh...
Arakian, aku dilamar aku menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang kupegang sejak mula aku menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tidak suka berpacaran kerana pada aku ianya tidak wajar.
Kukatakan pada lelaki itu, sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri hatinya maka tunggulah sehingga aku dan dia selesai bergraduasi. Kukatakan juga bahawa aku tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang lelaki itu benar mahu memiliki hatiku maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sekali lagi kukatakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukku, terserah padaku sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diriku sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begini dan begitu...
Lelaki itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Aku sedikit kecewa namun kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai perkara. Setiap hari aku belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkanku berasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidupku banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan aku masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi kutabahkan hati supaya aku tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba saat rezekiku dilebihkan Allah di mana aku diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat di mana aku ditempatkan. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari pasangan hidup. Niatku hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluargaku agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi aku maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua dariku dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwaku bergetar. Entah kenapa, tapi aku takut ianya melalaikan dan bisa menghumban diriku ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam zina hati.
Lelaki itu kerapkali mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuatku tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian denganku dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Aku positifkan fikiran, mungkin juga kerana aku adalah orang atasannya dan wajar saja dia menghormatiku lebih daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan pejabatku bertanyakan sama ada aku sudah punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang kukira agak lucu untuk ditanya. Aku senyum dan menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan serius. Aku dapat mengagak tapi aku meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa lelaki di pejabat yang sama yang kuceritakan sebentar tadi. Tepat telahanku kali ini. Firasatku jarang tersasar apatah lagi jika aku mohon agar Allah membimbingku agar aku tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang lain.
Hatiku menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar lelaki. Aku senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doaku di mana aku memohon agar aku dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan bonus bagiku sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
Lelaki itu juga hingga sekarang masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Aku cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang kumampu dan hingga saat ini tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaku bahawa dia punya 'perasaan' padaku. Aku juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat aku sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa denganku malah bukan mahramku yang layak untuk aku fikirkan tentangnya. Aku cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai iman yang aku takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Aku tidak menyatakan yang aku ini tidak pernah berbuat dosa tapi aku berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diriku daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan aku daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.
Aku tidak mahu mengatakan bahawa aku ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat rakan-rakanku yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin.
Biodata Penulis
Jalwa Wafa merupakan seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini bertugas sebagai Pegawai Psikologi di IPD Batu Gajah, Perak.
Saturday, May 21, 2011
Jom Jadi seperti HELANG..
Friday, May 20, 2011
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru 2011
Hari guru tahun 2011 merupakan tahun kedua aku menjadi guru.
Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba apabila menjadi guru.
Dan tak lupa juga cemuhan dan kritikan yang membina dan tidak membina yang telah diterima sepanjang menjadi guru.
Tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas. Tugas guru bukan saja menanda buku latihan. Bahkan lebih banyak ,,berjuta-juta lemon dari itu.
Tugas guru merangkumi pelbagai aspek. dari A sampai Z. Pendek kata, sebutkan saja satu pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Tidak mustahil guru-guru pernah melakukannya.
Di sini saya nyatakan pekerjaan yang ada kaitan dengan kerjaya guru.
sensitip ka?sensitip jgn baca..mungkin betul mungkin tidak. ini hanya apa yang saya fikirkan.
1) CLEANER /TUKANG SAPU
~ Cuba tanya cikgu-cikgu sekolah rendah yang mengajar Darjah 1. Siapa yang menyapu bilik darjah mereka? Mungkin tidak semua, dan mungkin juga semua. Iyalah, cuba bayangkan sejenak. Murid-murid darjah 1 masih kekok menyapu sampah, tidak pernah diajar oleh ibubapa untuk menyapu sampah, dan ada segelintir yang mempunyai "bibik" di rumah. Jadi, mereka kah yang menyapu sampah setiap pagi dan petang? Siapa lagi kalau bukan guru yang tidak tahan melihat bilik darjah mereka kotor. Lantas, mereka yang menyapu sampah sendiri.
2) AKAUNTAN
~Guru perlu mengutip Bayaran Tambahan Sekolah, duit PIBG, duit Majalah dan bermacam duit lagi sepanjang tahun. Jika cikgu tidak dapat mengutip secukupnya yuran, kadang-kadang cikgu terpaksa mendahulukan duit mereka sendiri. <kesian kan?> Cikgu juga terlibat dengan kelab/persatuan, badan beruniform ataupun sukan/permainan sebagai guru penasihat. jadi, siapa yang perlu menyimpan duit pelajar kalau bukan guru? Memang betul, Bendahari memainkan peranan. Akan tetapi cikgu bertanggungjawab untuk menyimpan duit tersebut agar tidak hilang.
3) DOKTOR /NURSE
~Haha..Ini memang paling tak tahan..Adoi..
Sebagai cikgu PBSM di sekolah, pelajar-pelajar akan datang cari saya dan mengadu masalah mereka lepas tu mintak ubat.. APA? HAMPA INGAT CIKGU NI NAEK PANGKAT JADI DOKTOR KA?..
pening kepala cari cikgu, sakit perut cari cikgu, demam cari cikgu, kena gigit lebah cari cikgu, tergeliat kaki cari cikgu tapi cakap kat cikgu patah kaki..huhu..kalau korang pi klinik jumpa doktor, kena bayar tak? kena kan?kerajaan pun kurang-kurang kena bayar rm1. Tapi kalu jumpa cikgu free ja. Sebab apa? sebab cikgu kan tugas yang mulia. So tak payah la hulur duit. Kadang-kadang pelajar ni cuma nak perhatian ja. Mungkin mereka kurang diberi kasih sayang oleh ibubapa. Kasihan mereka. Nasib baik ada ahli PBSM terlatih di sekolah, bolehla tolong memberi rawatan kecemasan kepada pesakit-pesakit cilik ni..
4) KERANI
~Kerja ni memang tetap dan berpencen. Cikgu-cikgu mesti pandai guna WORD, EXCEL, dan apa-apa lagi software yang seangkatan dengan perguruan. sebab cikgu akan kena buat soalan ujian + peperiksaan + latihan untuk pelajar-pelajar. Cikgu juga kena key-in markah pelajar. Selain tu, buat minit mesyuarat, kertas kerja, laporan,..ishk3..macam-macam lagila..
5) PEGAWAI SUKAN
~kenapa ada kaitan dengan sukan?
of coursela!! tiap-tiap tahun kan ada sukan di sekolah. Bukan acara bermusim ye tapi sepanjang tahun.. Diulang SEPANJANG TAHUN.
meh nak tolong senarai...
merentas desa
kejohanan olahraga tahunan
sukaneka
pertandingan bola jaring, bola tampar, bola sepak dan segala jenis bola..
lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru ~kumpul bagi mata untuk rumah sukan
Jadi, nak jadi cikgu tak boleh takut sunburn ye..;p
6) HAKIM, PENGADIL dan seangkatan dengannya
~eh, dah jadi cikgu nak jugak jadi hakim? gila pangkat ka apa cikgu ni?
Mintak maaf, kami bukan gila pangkat. Tapi pangkat yang gila kat kami..WOww..
Dah jadi cikgu kena jadi dua jenis hakim. Satu, hakim macam dalam mahkamah..dua, hakim pertandingan/aktiviti ape-ape aje.
dah faham?perlukan explaination? tak yahla ye..Fikir sendiri ye..kamu kan bijak:)
7) PENGAJAR/PENDIDIK
~tugas hakiki, memang kena mengajar. tak boleh tolak-tolak atau malas ye..
8)KAMUS BERGERAK
~pelajar tanya apa saja, cikgu kena pandai jawab. Dari A sampai Z. Tak tahu jawab pelajar hentam..
9) TRANSFORMER
~selaras dengan tema hari guru tahun 2011 "guru penjana tranformasi pendidikan negara"
bermaksud gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan terhadap para pelajar. Guru melaksanakan setiap arahan yang dikeluarkan oleh KPM. Ya. Bertindak mengikut arahan.:)
10) IBU BAPA ANGKAT
~guru mesti ambil berat kebajikan, akademik, kehadiran dan pelbagai lagi berkaitan pelajar. Kalau ibu bapa anak mungkin seramai 5orang, jadi mereka hanya tahu mendidik menjaga 5orang sahaja dalam satu masa. Tapi guru, hebat kan? satu masa kena jaga 40 orang pelajar yang pelbagai latar belakang. ada yang suka gelak kuat, ada yang suka pi toilet, ada yang suka jerit, ada yang suka komplen. Bayangkan 40 kepala 40 perangai. Tapi, itulah cikgu:) Marvellous!
Ok, semoga anda terhibur dengan video di bawah:)
Friday, May 13, 2011
cinta terakhir.aiman (ilusi tv3 theme song)
Tuesday, May 10, 2011
usah ragu pada takdir..
Saturday, May 7, 2011
Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 2011 part 1- kawad fancy
Hari ni sekolah cikgu sambut hari kok.Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki fancy dan jualan.
First nak cerita pasal kawad fancy. Kawad fancy ni maksudnya kawad sekejap macam biasa lepas tu belakon sikit. Untuk tahun ni, setiap badan beruniform telah menunjukkan persembahan yang mantap.
Sebagai guru penasihat PBSM, cikgu nak cerita dulu pasal kawad yang PBSM dah buat. Bab lakonannya, ahli2 berlakon sebagai pesakit mental di hospital mental. Komandan mereka bertindak sebagai doktor pesakit mental yang merawat mereka. Storynya begini..
Pesakit mental tidak duduk diam, maka doktor menyuruh mereka diam dan siapa yang diam akan diberi lolipop. so, semua pesakit diam sekejap ja pastu bising balik. Doktor mengarahkan pesakit balik ke bilik masing2 tapi pesakit asyik silap jalan ja. means, ahli2 PBSM ni kawad ke kiri hen kejap ke kanan plak. pastu tiba2 sorang bersin..diikuti dengan ahli yang lain. Doktor pun mengeluarkan jarum suntikan besar(dibuat daripada manilakad) untuk menyuntik ahli2 PBSM. ok,,the end..
Badan beruniform yang lain
~ada berlakon macam ibu2 mengandung yang excited nak pergi shopping.. Depa letak belon berisi air dalam baju, then sebelum abis depa pecahkan belon tu. Apa lagi, habisla basah seluar diaorang. motif?entahle..
~belakon jadi budak2 kecik. lompat-lompat dan jerit seperti budak kecil, sukakan lolipop dan pakai beg macam budak tadika.
~KRS ada unsur2 lawak jenaka. gabungkan dialog dalam hantu kak limah dan merong mahawangsa. ahli2 krs ni jadi pejuang2 tanah melayu satu masa dulu masa jepun menjajah. lastly, mereka dapa selamatkan tanah melayu dan mengibarkan jalur gemilang.
~Briged - tema paparazi..ahli2 briged pegang kamera dan ambil gambar. Sorang ahli berlakon sebagai wanita cantik yang asyik diikuti paparazi. Agak menghiburkan persembahan mereka.
~Puteri Islam - tak menarik sangat sampaikan cikgu dah lupa depa belakon apa..
so, pemenangnya ialahhh...........
jeng..jeng..jeng..
3.....briged
2.......KRS
1.......kompemla anak buah saya PBSM :)