Thursday, January 27, 2011

catatanku melly feat baim

Tuesday, January 25, 2011

_|.<(+_+)>.|_.( Bila Dugaan Menimpa )._|.<(+_+)>.|_.

salam...

Apakah tindakan anda jika anda ditimpa dugaan atau musibah? Bolehkah anda menghadapinya? Tabahkan anda?

Saya rasa saya tidak kuat untuk menghadapi dugaan.. Saya sering menangis jika ditimpa musibah. Saya juga akan menelefon ibu sambil menangis tidak henti-henti. Sesungguhnya saya tidak kuat.

Baru sekejap tadi rakan saya menelefon dan memberitahu rumahnya terbakar. Innalillah. (ucapan yang harus diucapkan jika kita ditimpa musibah) Dugaan tidak berhenti menimpanya. Minggu lepas keretanya dilanggar motosikal. Hari ini pula... rumahnya terbakar.

Bagaimana boleh terbakar?
Api dapur ditiup angin dan mengenai paip tong gas. Api menyambar hingga ke syiling..tandas dan dapur habis terbakar. Alhamdulillah, tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Elektrik di bahagian dapur, ruang tamu dan bilik rosak. Tuan rumah pula tidak ambil peduli. teruk betul

Harapan saya agar rakan saya dan rakan serumahnya tabah menghadapi segala dugaan yang melanda.


jom layan lagu ost sixth sense "cinta matiku" ~ ost hani lestary tv3

Saturday, January 22, 2011

3 idiot ???

jom layan cerita ni..
best sangat!
PART 1

yang lain-lain boleh cari di youtube k

enjoy this movie..

Siti Nurhaliza - revolusi AJL25

aduhai..comelnya siti :)

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita





JOM GEGAR BLOG

JOM..JOM JOMMM...




JOM GEGAR BLOG by Ben Ashari:)




nak tau lebey lanjut? KLIK SINI ◕ ‿ ◕


✿saja mencuba nasib



Oppsss lupa..

Salam..
Selamat hari Sabtu..
tengah buat apa tu?
melepak-lepak sambil guling-guling atas katil ke? 
Hari ini hari Sabtu tapi cikgu pun kena pegi sekolah gak..sebabnya hari ni ada SEKOLAH GANTI..
<my BiG spectacles>
huhu... kehadiran students 60% je kot.. yelah kan nama pun hari SABTU...
sABTU ? HARI UNTUK BERSUKA RIA..
tapi disebabkan nak cuti panjang time raya cina, raya deepavali, so, what to do? kenala ganti sekolah..


hmm,,
berbalik kepada tajuk entri di atas ni.. OPSSS LUPA..


NAK TAU TAK APA YANG CIKSOBA LUPA?


alkisahnya begini..
ciksoba lupa masuk kelas!!!!
bukan lupa..tersilap set minda..huhu..dari malam tadi set dalam otak kelas math pukul 12.00tengahhari..so, lepas rehat pukul 10.40 sepatutnya kelas math..tapi disebabkan dah set dlm otak,,selamba je ciksoba duduk dalam bilik guru buat keja..sampaila pukul 11.15 datangla dua orang students yang bertanggungjawab sikit..datang2 terus jerit "CIKGU, KENAPA CIKGU ADA KAT SINI?"..terpinga2la ciksoba tengok diorg tu..
"CIKGU, SEKARANG MASA CIKGU..KENAPA TAK MASUK?"
dengan muka selamba ciksoba berkata "eh, masa saya ke?"sambil check timetable atas meja..huhu..
"opss..lupala..sorry...."sambil renyih..
nasibla anak murid baik hati..boleh siap offer lagi nak tolong angkat barang walaupun ciksoba sebenarnya masih dalam keadaan tekejut sebab lupa masuk kelas..haha..


bila sampai je kat kelas, suma students buat muka takpuas hati..pakat-pakat tanya kenapa cikgu tak masuk..hekeleh..macamla cikgu tak tau perangai ampa..cikgu tak masuk lagi seronok..kan..kan kan??betul tak..betul la kan?


lepas tu, apalagi ciksoba pon pulunla mengajaq dengan penuh bersemangat..mengajaq tajuk apa??


tajuk circle II form 3..
Learning outcomes....

iv. Determine the relationship between angle at the centre
and angle at the circumference subtended by an arc.




do you still remember this topic or not???

b = 2a
dengan erti kata lain, angle at the centre 2 kali ganda lagi gemokk dari angle at the circumference..
opps..
students I tak bagi sebut gemuk..sensitip..
so tukar dengan yang lebih sopan..
angle at the centre 2 kali ganda lagi besar dari angle at the circumference.
ADA FAHAMM???


hehe..
tak paham tanyala kat cikgu ye..
tata titi tutu..

Saturday, January 15, 2011

hari ini dalam sejarah..

salam semua..
apa khabar?

nak tau tak apa jadi hari ni?

.....
.....
.....

pukul 1.00 petang tadi I n my fren siah baru sudah beli makanan dekat kedai makan area tanjung tokong..

time nak pegi kt kereta tu nampakla satu teksi ni nak masuk parking..

so, I pon cepat2la masuk keta nak kuar parking..

teksi tu tak sabar2 asyik HON HON HON tak berhenti..

keta plak banyak kat atas jalan..

I tak bolehla nak kuar cepat2..

ada lori tengah jalan time tu..

huhu
teksi ni asyik HONNNNNNNNNNN jugakk..

tensennya..

mentang2la aku pompuan..

xpa2..sabaq ja time tu..

sambil dok tegok2 side mirror tunggu jalan clear..

beberapa saat lepas tu..

GEDEBUSH....

alamak..

teksi tu langgar keta I..

uwaaaaaaaaaa..
tangan dah menggeletar...

malas nak kuar keta..

takot teksi tu CEPUKK I.

ishk3,,,

kalau ye pon nak parking tunggula dan bersabar..

I tau la I parking tempat teksi..tapi sebelum tu tempat tu kosong ja..

I nak kuar dah pon..bukan parking lama pon..
tu pon tak sabar2..

gerammmmmmmmmmm..

bila dah sampai umah baru check belakang keta..

naseb baekla body keta kuat..

tak dak kesan calar or kemek..

ALHAMDULILLAH.....

hmm...

sebagai pengajaran

1- jgn parking tempat teksi
2-sabarlah walau di mana anda berada
3-jangan panik bila sesuatu yang tidak diingini berlaku..
4-ambil no plat keta yang langgar kita bila berlaku kemalangan..

sekian~

Saturday, January 8, 2011

motivasi

salam..
motivasi?? motivasi tu penting ke?

YESSS...
motivasi sangat penting..
motivasi dapat meningkatkan keyakinan diri kita..
dapat meningkatkan pencapaian diri kita
serta dapat membantu kita mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang kita lakukan..

motivasi juga dapat mengubah mood kita..andai kata kita sedang bersedih dan kecewa, motivasi dapat membantu..
tak percaya??? kalau tak percaya, cuba anda baca artikel2 berkaitan motivasi ketika anda sedang sangat2 down..

percaya atau tidak anda akan tambah bersemangat selepas tu..

bawah ni ada gambar2 motivasi..
Renung2kan dan selamat beramal ye..






sekian...

Friday, January 7, 2011

Muhasabah Cinta



edcoustic ~ muhasabah CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, January 4, 2011

04012011

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dah 4 hari kita berada dalam tahun 2011..

Bermakna kita dah pun menginjak hri kedua persekolahan..

Sebagai cikgu, dua hari nilah hari yang SGT BZ.

Nak tau cikgu kena buat apa???

kalau jadi cikgu kelas, Ni la keja2 yang perlu dibuat waktu hari pertama...

~Ambil KEDATANGAN setiap pagi.
~Pastikan kelas BERSIH.
~Maklumkan maklumat penting kepada pelajar. Contohnya:-
  • Jadual waktu kelas
  • Waktu persekolahan
  • Peraturan kelas
  • Yuran Tambahan sekolah
  • Yuran Kelas
  • macam2 lagi tapi dah lupa 
~Lantik AJK kelas - kena undi
~Edar segala kertas makluman yang diberikan dari pihak pentadbir
~Susun kedudukan pelajar - nampak macam senang tapi pening kepala sebenaqnya..
~Berkenalan dengan pelajar
~Edarkan buKu teks

hehe..nampak macam sikit ja ka? BANYAK TAU..Kalau 1st time jadik guru kelas memang kelam kabut sikitla sebab tak biasa lagi kan..

takpalah, alah bisa tegal biasa..btol tak?

setakat tu saja untuk entry kali ni..
tata titi tutu..

Saturday, January 1, 2011

FIRST day OF 2011

010111 ~ brapa byk satu la kan?

hehe.. hmmm..dah melangkah ke tahun baru.. yang pastinya umur makin meningkat..
TINGGI?? meningkat ke??kompemla tak meningkat sebab pertumbuhan kita dh berhenTi dh pon..
BERAT?? ada setengah orang menurun, ada juga yang maintain.. dan ada jugak org yang NAIK BERAT macam cik soba ni :( SEDEY BTOL.


OK..tadi tgk berita tv3.. ada berita psl kematian faizal yusuf..korang kenal tak faizal yusuf? kalau tak kenal, tengokla gambar di atas ni..arwah merupakan bekas suami kepada nana atau nama sebenarnya siti nordiana..
terkejut jugak bila tengok berita td..arwah masih muda..meninggal dunia pagi 1 jan 2011 disebabkan sakit jantung.. hmm, tak lama dulu Achik SPin yang berduet dengan NANA meninggal sebab eksiden..sekarang pulak faizal yusuf.. simpati pada nana..orang yang rapat dengan nana dah pergi meninggalkan kita semua..
apapun, marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah..

AL-FATIHAH

setiap yang hidup pasti akan pergi..

harimau mati meninggalkan belang,,manusia mati meniggalkan nama..

kLIK untuk ComeL


Powered By Blogger
Powered by Blogger.