Saturday, November 12, 2011

perginya seorang abah episod 1

4 November 2011, Jumaat


12.30 pm : Tiba di rumah dari Penang. Tengok abah tengah tidur. Then, kejut abah untuk bangun dan bersiap-siap ke masjid untuk solat Jumaat.. Suruh adik2 bersiap untuk ikut abah ke masjid.

1.00 pm : Abah dah masuk dalam kereta. Abah pakai baju melayu putih. Adik2 tak siap lagi. Abah hon nak bagi adik2 cepat sikit. Tanya abah, abah boleh ka bawa kereta pi masjid. Abah jawab , boleh ja..

2.00 pm : Abah dan adik2 belum balik dari masjid lagi. Risau. tengok jiran2 yang pi solat Jumaat dah balik dah.

2.05 pm : Abah message. Abah tanya nak pesan makanan apa. Kami pesan mi goreng.

2.30 pm : Abah balik bersama adik2. Abah bawa balik mi goreng. Kami pun makan mi goreng tu. Pelawa abah makan, tapi abah kata tak mau.

4.00 pm : Abah pegi beli daging untuk raya haji kat kedai SHAILO dan barang2 lain yang kami pesan.

5.00 pm : Abah sampai rumah. Abah cakap Abah beli daging batang pinang. Abah beli banyak. Saya ternampak dalam beg plastik tu ada 1 botol sos kecil. Tapi bukan sos cili atau sos tomato. Saya tanya abah tu apa, tapi abah tak dengar saya tanya.

9.00 pm : Kami sekeluarga tengok Anugerah Skrin kat ruang tamu. Abah mundar mandir macam gelisah.
Abah cakap dia letih. Saya pun suruh la abah masuk tidur. then, abah masuk bilik. Tapi tak lama pastu, dia keluar balik. Dia duduk sebelah mak walaupun kusyen tu sempit. Mak picit2 tangan Abah.

10.00 pm: Saya sidai kain di luar rumah. Abah pun ikut duduk luar sambil baca paper. Saya pun melawak dan tanya kat Abah, Abah nak tolong sidai kain ka? Abah jawab, takmaula tak larat... Lepas habis sidai baju, saya masuk rumah. Abah tak masuk lagi. Saya panggil Abah masuk rumah. Saya cakap bahaya duduk luar malam2..tak taula kenapa mulut saya laju cakap camtu, sebelum ni takpernah suruh Abah masuk dalam rumah pun walaupun dah malam.


kLIK untuk ComeL


Powered By Blogger
Powered by Blogger.