Tuesday, February 1, 2011

tahi hidung pun boleh makan ???

salam..

tahi hidung boleh makan ke?? 
hmm..semalam saya terbaca dalam majalah INFINITI keluaran januari mengatakan bahawa tahi hidung baik untuk dimakan. Pendek kata, tahi hidung berkhasiat untuk tubuh badan kita. Betul ke? 
Tergamak ke kita nak makan?? Erkk..SAYA TIDAK SANGGUP..

Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di bawah ni. Saya ambil dari laman web FORUM PARAMEDIK

KHASIAT TAHI HIDUNG

Post
DOKTOR SARAN MAKAN TAHI HIDUNG. (petikan keratan akhbar 25.8.2004)

VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.“Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

“Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan,” katanya.Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma,” katanya.Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

“Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik,” katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.

So, lepas baca artikel di atas ni rasa nak aplikasikan ke? Kalau dalam sains, tahi hidung terhasil daripada mucus. Mucus sangat penting dalam kehiduan seharian kita. Mucus membantu kita menghidu dengan baik kerana mucus merangsang sel deria kita. Selain itu, jika kita menghidap selsema, mucus dalam hidung akan bertambah sehingga menyukarkan kita untuk menghidu serta merasa makanan menggunakan lidah. Hal ini kerana hidung dan mulut kita berada dalam rongga yang sama.


teima kasih kerana sudi membaca.;)

3 komen:

mis twit said...

eeuwww nasty.. slm perknln folo u.. hihi

sObA said...

tq..i folo u back k..

diana alfera said...

ok la beb

Post a Comment

kLIK untuk ComeL

Powered by Blogger.